Monday, March 30, 2009

Umah baru anpi





firstly, nak ucap tahniah pada adik ku sbb dah pindah umah baru. b4 this dia menyewa dgn kawan. so, lepas umah yang dia beli dah siap, dia pun terus pindah sbb dia malas nak kongsi menyewa dgn kawan ni. maklum la, dalam umur kita yang semakin menigkat ni (hehehe...jgn marah) kadang2 kita lebih senang tinggal sorang2...lebih privacy. kalau dapat housemate yang sekepala tak pe jgk, tapi kalu dapat housemate yang pemalas nk kemas umah....memang akan jadi tension. maklum la, pegi keje penat2, so balik umah kita mesti la inginkan ketenangan. bagi aku ketenangan tu kita akan dapat bila berada di rumah yang bersih dan kemas. memang sejak dari kecik kami berdua di ajar supaya sentiasa memastikan umah sentiasa bersih dn kemas. teringat lagi masa kami kecik2, mak aku memang sgt garang bila melibatkan hal2 yang berkaitan kebersihan umah ni. masa kecik2 dulu kami berdua akan buat giliran setiap hari. sorang kena sapu umah n sorang lagi kena lap semua permukaan perabot kat umah. setiap kali sapu sampah pulak kena alih sofa, kerusi n etc utk pastikan habuk2 kat bawah tmpt2 tu disapu dgn smpurna. so, sampai la ke tua ni kami mmg sgt2 menitik beratkan soal kebersihan rumah. so, aku faham la bila adik aku rimas tinggal dgn housemate yang tak pandai mengemas ni. sampaikan pinggan pun nak tunggu hujung minggu utk dicuci, sapu sampah jauh sekali la...memang tak pernah pegang penyapu. kadang2 aku tak faham dgn perangai sesetengah manusia ni. rasanya bukannya susah sgt setakat nk basuh pinggan makan sndiri. tak perlu tunggu weekend pun. lagipun, kalau tak salah aku, dalam Islam pun tak digalakkan biar pinggan mangkuk yang dah dmakan sampai semalaman dalam sinki tak dicuci. tu antara perkara2 yang boleh mewarisi kepapaan. kepapaan ni bukan setakat papa harta & wang ringgit, tapi papa budi pekerti, akhlak & etc. so, ni la gambar2 umah baru adik yang sempat aku ambil selama seminggu bercuti sambil melepak di rumah dia.

Selamat Pengantin Baru Fahmi


hari sabtu (14/3/09) cousin my husband (fahmi) kahwin kat shah alam. kiranya ni kenduri sambut menantu la. majlis akad nikah & kenduri sebelah perempuan diadakan a week b4 di jerantut. tp. kitorang tak dapat pegi sbb 1 family demam, tak larat nk travel jauh2. so, selamat pengantin baru to fahmi & wife(lupa plak apa namanya). gambar pun cuma sempat ambik sekeping je, tu pun masa time nak balik baru teringat belum ambik gambar. muka pengantin pun dah nampak penat sgt....

hadiah untuk diri sendiri



weekend lepas, me n my husband bawa anak2 utk belikan hadiah bday iqa( actually dia punya bday on february cuma hadiahnya saja lambat ckit). memandangkan setiap kali one of them celebrate bday, yang lain2 pun akan dibelikan hadiah....so, kenalah cari hadiah utk 3 orang. dah tak tau nak beli apa. kalu nak beli toys rasanya dah bnyak sangat. masa pindah umah hari tu pun aku dah buangkan hampir sebahagian drpdnya sebab dah terlalu bnyak. kalau nak bawa semua, rasanya penuh 1 bilik dengan mainan diorang je.lagipun aku dah penat sesangat terpaksa mengemas setiap kali diorang habis main. memang la diorang akan kemaskan, tapi kemas cara budak2 umur 6 tahun & 4 tahun la...lepas tu aku yang terpaksa betulkan semula. so, besday iqa this year aku belikan kasut adidas utk diorang. kasut utk balqis n iqa tak sempat nak ambil gambar, lepas beli terus diorang pakai dalam kedai tu jugak. kasut utk iris je sempat ambik sbb ni lah kasut pertama dia, sblm ni dia pakai stokin je. lepas keluar dari kedai adidas, tiba2 je aku terasa nk beli hp baru utk diri sendiri. saja nk hadiahkan something utk diri sendiri....kalu nak harapkan org lain hadiahkan rasanya lambat lagi baru dapat...hehehe. so, melayang la duit aku beli Nokia E66. tapi, tak pe la...sbb dah lama mengidam.

cuti sekolah




Cuti sekolah datang lagi, hehehe. Dari awal aku dah buat perancangan....aku nk balik kl. Aku dah bosan kat sini. Tapi nak buat mcm mana kan, terpaksa berpindah ikut suami.....so, 1st day cuti sekolah(kat sini kan sekolah cuti hari jumaat) terus kami sekeluarga bertolak balik kl. Lagi pun hari sabtu keesokannya cousin my husband nak kawin kat shah alam. aku n anak2 akan duduk kat sana sampai last day sblm sekolah buka. My husband je yang akan balik sorang2 dengan kereta, dia dapat cuti 2 hari je. Yang lain akan balik dengan flight hari sabtu minggu berikutnya. anak2 aku pun dah xcited sgt2, dah tak sabar nak jumpa anpi(short form utk aunti fina @ adik aku @ mak sedara diorang). dah tak sabar2 nk tgk umah baru anpi.....dan yang paling diorang xcited sebab nanni & tok abah pun akan habiskan cuti seminggu dengan diorang.

* gambar kat atas tu : masing2 berposing sakan masa berhenti rehat kat R&R....